KUANTAN: Seorang lelaki putus kedua-dua belah kaki selepas lori muatan tanah dipandunya melanggar belakang sebuah treler tanpa muatan dan sebuah kereta sebelum terbalik di Jalan Pintasan Kuantan dekat Semambu dekat sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 12.15 tengah hari melibatkan empat kenderaan itu, mangsa yang parah berusia 55 tahun beralamat di Sungai Isap Perdana dekat sini.
Menurutnya, seorang lelaki yang memandu kereta Perodua Viva berusia 29 tahun mengalami luka di beberapa bahagian badan manakala pemandu treler dan sebuah lagi kereta jenis Perodua Axia tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika keempat-empat kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Semambu menghala ke Gambang.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, lori tanah dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang treler dan Perodua Viva sebelum terbalik melintang jalan," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, treler yang dilanggar lori mangsa menggelongsor sebelum melanggar Perodua Axia yang bergerak perlahan di hadapannya.
"Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan dirawat di wad kecemasan (zon merah).
"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 05 2023
Lori tanah dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang treler dan Perodua Viva sebelum terbalik melintang di atas jalan. - Gambar/ Sinar Harian
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
ARRC: ASB 1000 di Litar Mandalika batal, dua pelumba negara terbabit kemalangan
Berlaku insiden tidak diingini di selekoh ke-10 apabila Haruki Noguchi dan Zaqhwan Zaidi terjatuh, dan Noguchi dilanggar Kasma Daniel.
Pemandu lori tanah putus dua kaki dalam nahas empat kenderaan
Seorang lelaki putus kedua-dua belah kaki selepas lori muatan tanah dipandunya melanggar belakang sebuah treler tanpa muatan dan sebuah kereta sebelum terbalik di Jalan Pintasan Kuantan di Semambu.
48 maut selepas dirempuh treler bawa kontena terbabas
Sekurang-kurangnya 48 orang maut dalam sebuah kemalangan di Londiani, barat Kenya, selepas sebuah treler yang membawa kontena kapal terbabas dari jalan dan merempuh beberapa kenderaan.
Tiger Woods mula pukul bola selepas kemalangan ngeri
Tiga saat sahaja diperlukan untuk Tiger Woods menunjukkan bahawa dia mungkin akan kembali beraksi pada masa depan.
Lelaki maut tersepit antara dua treler
Mangsa, Lee Boon Peng, 51, dari Ayer Itam, Pulau Pinang maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah setelah terperangkap dalam kereta dan tersepit di antara dua treler.
Tragedi Lenggong: 'Betul ke brek rosak?' - Abang mangsa
Muhd Hafiz Ismail berkata perbualannya dengan beberapa saksi memberi bayangan bahawa lori muatan ikan tersebut dipandu dengan laju.
Lima maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kota Tinggi
Tiga beranak antara lima yang maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di KM77 Jalan Johor Bahru-Mersing petang semalam.
Dua pelajar maut dalam kemalangan ngeri di Setiu
Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa itu parah di bahagian kepala dan badan serta seorang putus kepala.
PLUS: Tiada arahan untuk halang kenderaan berat semasa cuti pendek
Tiada sebarang arahan yang dikeluarkan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menghalang kendearaan berat daripada menggunakan lebuhraya semasa cuti perayaan yang pendek.
Tubuh berkecai diseret 43KM
Kepala, kaki kiri, badan dan tangan bertaburan di KM317 manakala cebisan daging, tulang dan kaki kanan ditemui di KM274.2 Lebuh raya Utara-Selatan dalam satu nahas ngeri pada awal pagi Rabu.